Erti dan fungsi Mitos_penciptaan

Kesemua mitos penciptaan dari satu segi adalah etikologi kerana ia cuba menjelaskan bagaimana dunia dibentuk dan darimana manusia datang.[3] Sungguhpun dalam istilah popular "mitos" seringkali dianggap sebagai kisah khayalan atau palsu, mitos penciptaan adalah menurut takrifan merupakan kisah yang diterima dalam kebudayaan sebagai benar dan asas kisah identiti diri manusia mereka. Ethnologis dan anthropologis yang mengkaji mitos ini menunjukkan bahawa dalam konteks moden para theologi cuba mengasingkan erti kemanusiaan dari kebenaran yang didedahkan dan para sains yang mengkaji kosmologi dengan perkakasan empirikal dan rasional, tetapi mitos penciptaan menetapkan realiti manusia dalam bentuk yang berlainan. Pada masa lalu pelajar mitos dan sejarahwan keugamaan menganggap ia sebagai bentuk budaya primitif atau sains tahap awal atau keugamaan dan menganalisa ia menggunakan pendekatan secara harafiah dan logik. Bagaimanapun kini ia dianggap sebagai gambaran simbolik yang perli difahami dari segi konteks budaya mereka sendiri. Charles H. Long menulsi, "Kewujudan yang dirujuk dalam mitos ini -- dewa, haiwan, tumbuhan -- adalah bentuk kuasa yang digambarkan. Mitos tidak sepatutnya difahami sebagai usaha untuk penjelasan rasional bagi sesuatu dewa."[12]

Sungguhpun misto penciptaan bukanlah penjelasan harafiah ia boleh digunakan bagi menetapkan orentasi kemanusiaan dari segi penggarapan cerita. Ia merupakan asas bagi pandangan dunia yang mengukuhkan dan memandu bagaimana manusia berkait dengan kedua-dua dunia ghaib dan sebenar termasukjuga semasa-sendiri. Mitos penciptaan bertindak sebagai batu asas bagi membezakan realiti utama dengan realiti bandingan, asal dan sifat kewujudan dengan tidak wujud.[13] Dari segi ini ia bertindak sebagai falsafah kehidupan tetapi sesuatu yang digambarkan dan disampaikan melalui simbol antropologi dan bukannya penjelasan sistematik. Dan dari segi ini ia melampaui mitos etikologi yang bererti menjelaskan ciri-ciri khas dalam istiadat keugamaan, fenomena semulajadi atau kebudayaan hidup. Mitis penciptaan juga bertindak sebagai rangka kerja pada nilai kemanusiaan bagi diri dari segi awal mutlak, membentuk konsep tempat, masa dan tujuan dalam dunia ini.[1]

Rujukan

WikiPedia: Mitos_penciptaan http://www.aldokkan.com/religion/creation.htm http://search.eb.com/eb/article-9108748 http://books.google.com/?id=3WwqAAAAMAAJ&pg=PA651#... http://books.google.com/?id=8w8oAAAAYAAJ&pg=PA595#... http://books.google.com/books?id=q_Gqxe2ZDqkC http://books.google.com/books?id=sMj1tyho3CoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=zLxBQrY6inEC http://www.oxfordreference.com/views/ENTRY.html?su... http://www.pitt.edu/~dash/creation.html http://www.wsu.edu/~delahoyd/creation.populvuh.htm...